skip to main | skip to sidebar

Jom baca, macam-macam ada

Banyak membaca, pengetahuan berganda .............dari teacher rosna SK KUALA LINGGI

Monday, March 5, 2007

buah kurma/tamar
Posted by Teacher Rosnah at 7:09 PM

No comments:

Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Assalamulaikum.......

Assalamulaikum.......

Topik-topik menarik

  • Al-Qur'an Bertajwid dan Doa
  • motivasi diri
  • LAGI TENTANG MOTIVASI DIRI
  • Rahsia 19A1 Nadiah Amirah
  • Kepentingan Tumbuhan Herba
  • Makanan untuk kesihatan
  • Urusan Haji-oleh Tabung Haji
  • Herba dan migrain
  • About Solar System
  • About Microorganisms

Pokok jarum 7 bilah

Pokok jarum 7 bilah

pokok kacip fatimah

pokok kacip fatimah

Blog Archive

  • March (3)

About Me

Teacher Rosnah
View my complete profile
 

Khasiat Buah Kurma

LAPORAN mengenai bahaya makanan segera terhadap kesihatan, bukanlah sesuatu yang baru. Ia sudah lama dibicarakan, malah diajar di dalammata pelajaran Sains di sekolah menengah. Anehnya penjualannya bukan sahaja masih berleluasa, bahkan iklan-iklannya di kaca TV dan media cetak begitu ketara. Sebenarnya, pilihan adalah di tangan kita. Al-Quran sendiri telah membicarakan persoalan pemakanan ini.‘‘Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi ....’’ (Surah al-Baqarah: 168).Secara jelas, ayat di atas membicarakan dua persoalan. Pertama,makanan yang ‘halal’ dan kedua, makanan yang ‘baik’. Makanan yang baik pastinya adalah makanan yang berkhasiat. . Pepatah Inggeris menyatakan: ‘‘Tell me what you eat, and I’ll tell you what you are’’. Ini bermakna, kita adalah apa yang kita makan.Makanan bukan sahaja mempengaruhi kesihatan kita, bahkan juga emosi dan kecerdasan minda. Sebagai alternatif kepada makanan segera yang tidak langsung berkhasiat, apa kata kita membudayakan diri kita untuk memakan ‘kurma’ yang telah disebut sebanyak 41 kali dalamal-Quran selain ia memang berkhasiat. Diriwayatkan dari Anas bin Malik yang berkata: ‘‘Adalah Nabi(s.a.w). Tidak berangkat menuju musolla kecuali beliau memakan beberapabiji kurma, dan beliau memakannya dalam jumlah bilangan ganjil.’’(Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim). Keunggulan kurma di antara lainnya ialah ia mengandungi berbagai jenis vitamin penting seperti vitamin A, tiamin, potasium, riboflavin, niasin dan kalium dalam jumlah yang besar. Ia juga mempunyai zat besi,vitamin B, asam nikotinat (yang baik untuk usus) serta serat dalam jumlah memadai. Oleh itu, jadikanlah kurma sebagai makanan harian sebaik-baiknya pada waktu bersarapan pagi.

Buat Renungan

Sesungguhnya sesuatu kejadian yang Allah wujudkan itu ada rahsia yang terkandung didalamnya